Monday, March 3, 2014

RESEPI QUINOA



KEBAIKAN QUINOA :
 1. Protein yang lengkap

Quinoa adalah salah satu makanan yang paling kaya dengan protein. Ia adalah protein lengkap yang mengandungi sembilan asid amino penting untuk badan. Keseimbangan protein yang terdapat dalam quinoa juga adalah setanding dengan protein susu.

2. Elak sembelit

Quinoa mengandungi serat hampir dua kali ganda daripada bijirin lain. Serat adalah sumber yang paling baik untuk melegakan sembelit. Satu hidangan quinoa mengandungi serat pemakanan yang menggalakkan penghadaman yang optimum dan, pergerakan usus yang sihat. Serat merendahkan kandungan kolestrol dan glukosa, serta boleh mengurangkan risiko mendapat buasir dan sekaligus membantu mengurangkan berat badan.


3. Kaya dengan vitamin

Quinoa juga mempunyai lebih vitamin, nutrien dan antioksidan daripada mana-mana bijirin lain. Antaranya ialah vitamin B6, thiamin, niasin, kalium, dan riboflavin, dan juga mineral seperti zink, magnesium, dan folat. Ia juga bertindak sebagai antioksidan quercetin fitonutrien dan kaempferol, yang dapat membantu melawan penyakit. Kesemua khasiat ini terdapat dalam setiap hidangan quinoa.


4. Atasi masalah migrain

Jika anda selalu mengalami masalah sakit kepala atau migrain, maka quinoa adalah antara makanan yang disyorkan.Mengapa? ini kerana quinoa membekalkan riboflavin, atau vitamin B2 yang sangat tinggi. Ia dapat menggalakkan perkembangan saluran darah di dalam otak dan mengurangkan kejadian sakit kepala atau migrain.




TADAAAA! TU ANTARA KEBAIKANNYA LA... TPI BYK LGI LA KORG GOOGLE LA BACA K :)



Quinoa nie selalunua akU masak tukar-tukar kasi en suami takdela boring dgn stiap hari menu yang sama.. sebb selalu sgt en suami cmplain makanan biase byk minyak n mcm2 la. so aku support la fkus pemakakan die..no problem my badang :)



k bebel2 banyak2 plak... fkus resepi please :)!!!!!!! *_*

Quinoa nie senang je sama je korang masak macm masak nasi. kalau korang mask quinoa nie mule2 bau die "URMMMM NO KOMEN" sebb aku memg x suke bau quinoa nie ntah x tau kenape.haha.. so mule2 masak jgn risau kalau hidung korg bau x best memg bau quinoa mcm tu tu.

so da mask quinoa.... ketepikan

so bahan2 rencah:

* bawang merah
*bwng putih
* ayam ikan or udang or dging (fresh la jgn gune process food k )
*cili (if nak pdas)
*syur apa2 yang korg nak letakla

so tumis sume sekali plsss plsss plsss gunela olive oil
the tumis smpai naik bau lpas tu masukkan la quinoa..method sama mcm masak nasi goreng... simple kan?... OLIVE OIL PUN X MO BYK2..SIKIT JE :)

pesanan: jgn la letk ajinamoto k :) xdela namanya clean hihihi

ni antara gambar ruper quinoa ni la :). hehhe

byk lgi gambar tpi xlarat nk upload..korang bolela ubah bahan2 dlam masakan ni kasi xdela boring hehhe :)



UNTUK RESEPI LAIN tggu sat na ! ALL THE BEST SUME :)

6 comments:

  1. Salam kak..
    Nk beli kat mana ye quinoa tu?

    ReplyDelete
  2. Haizan, saya ada beli quinoa ni kat aeon mid valley. tp rasanya mana2 groceries store yg jual organic food ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih..��:)
      Boleh la pergi cari kat mid lpas ni...

      Delete
  3. nak cari bahagian mane nak beli nie. ase dh berpusing cari hahahha

    ReplyDelete
  4. apa rasa quinoa ni ye? rasa macam nasi gak ke? :)

    ReplyDelete